Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Sim (duduk tengah) bersama-sama ahli lembaga jawatankuasa ke-11 PKKMC Bahagian Sibu yang telah menganggat sumpah bagi sesi 2025-2026. Foto TVS

KMKK barisan hadapan perpaduan dan kestabilan Sarawak

SIBU, 9 Jun: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) merupakan barisan hadapan Kerajaan Sarawak dalam membina negara bangsa, mengekalkan perpaduan serta menjamin kestabilan wilayah ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, mereka bukan sekadar pemimpin akar umbi tetapi penghubung penting antara kerajaan dan rakyat dalam menyampaikan dasar, mendengar suara komuniti serta menangkis penyebaran berita palsu.

“KMKK adalah suara rakyat dan telinga kerajaan di peringkat komuniti. Mereka menyampaikan maklumat tepat dan membawa suara rakyat ke perhatian kerajaan,” katanya semasa Sambutan Ulang Tahun ke-20 Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina (PKKMC) Bahagian Sibu malam tadi.

Pada majlis itu, Dr Sim turut menyaksikan upacara angkat sumpah ahli jawatankuasa ke-11 PKKMC Sibu bagi sesi 2025–2026 yang diketuai pengerusi, Temenggong Datuk Vincent Lau.

Menurutnya, KMKK adalah tonggak utama dalam mengekalkan perpaduan negeri yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan agama.

“Semangat Sarawak bukan sekadar slogan, ia dizahirkan melalui tindakan pemimpin komuniti seperti KMKK yang terus memperkukuh keharmonian setiap hari,” ujarnya.

Dr Sim turut memuji sumbangan PKKMC dalam menyokong dasar kerajaan dan membina persefahaman antara kaum.

“PKKMC bukan sahaja mengukuhkan perpaduan masyarakat Cina tetapi turut memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan antara kaum di Sarawak, inilah semangat Sarawak sebenar yang wajar dibanggakan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan