Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan dalam kedai runcit di Kampung Selupoh, Tuaran yang terbakar hampir musnah dalam kejadian petang tadi. . Foto JBPM Tuaran

Kedai runcit hampir musnah di Kampung Selupoh

ByTVS

TUARAN, 9 Jun: Sebuah kedai runcit di Kampung Selupoh, Tuaran hampir musnah dalam kebakaran petang tadi.

Menurut JBPM Sabah, panggilan kecemasan diterima jam 3:56 petang sebelum 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak empat kilometer dari balai.

Ketika pasukan bomba tiba, struktur kedai jenis kekal itu telah terbakar hampir 80 peratus.

Operasi pemadaman diketuai PBK II Leo Sibidol menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki dan dua pancutan air dari jentera.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4:35 petang dan operasi ditamatkan lima minit kemudian selepas lokasi disahkan selamat.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan