Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala pada sidang media Karnival Gawai Tradisi Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Bangunan Persekutuan Persatuan-Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM), Miri, hari ini. Foto TVS

Karnival Gawai Tradisi 2025 serlah budaya Orang Ulu

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 9 Jun: Perayaan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2025 diteruskan dengan penganjuran Karnival Gawai Tradisi yang bakal berlangsung pada 12 hingga 13 Jun ini di Pusat Kebudayaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) Miri.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, karnival tersebut merupakan salah satu daripada empat acara tonggak sempena sambutan Gawai Dayak tahun ini, yang menyaksikan masyarakat Orang Ulu diberi penghormatan sebagai tuan rumah.

“Perayaan Gawai Dayak dianjurkan secara bergilir antara kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Tahun ini giliran masyarakat Orang Ulu mengetuai sambutan,” katanya pada sidang media Karnival Gawai Tradisi Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Bangunan FORUM hari ini.

Acara tersebut turut mendapat kerjasama daripada 10 persatuan Dayak di bawah naungan FORUM, termasuk Persatuan Dayak Miri dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Miri.

Menurutnya, acara tonggak pertama iaitu Bazar Gawai berjaya dianjurkan di MJC Batu Kawa, Kuching pada 15 hingga 25 Mei lalu.

Acara tonggak ketiga pula adalah Perarakan Kebudayaan Gawai Dayak yang akan berlangsung pada 21 Jun di Tebingan Kuching melibatkan 92 kontinjen termasuk penyertaan istimewa daripada komuniti Dayak dari Kalimantan.

Gerawat turut memaklumkan semua acara utama Gawai Dayak 2025 akan didokumentasikan dalam bentuk buku khas sebagai rekod warisan dan budaya.

“Matlamat utama Gawai Dayak ialah menyatupadukan rakyat Sarawak melalui kepelbagaian budaya. Walaupun berbeza dari segi etnik dan tradisi, kita tetap bersatu, itulah kekuatan kita di Sarawak,” ujarnya.

Majlis kemuncak sambutan Gawai Dayak 2025 adalah Majlis Makan Malam Gawai yang akan diadakan pada 22 Jun di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan