KUALA LUMPUR, 9 Jun : Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM35.10 bilion daripada RM36.29 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM24.50 bilion daripada RM23.97 bilion sebelum ini.
Awal hari ini, bank pusat menjalankan dua tender repo berbalik.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.
Bank pusat turut menyemak semula tender semalaman murabahah daripada RM24.0 bilion kepada RM24.5 bilion.
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM35.10 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM24.50 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.
Pada 6 Jun 2025, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. – TVS