Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai Khas ADUN Kuala Rajang, Baijuri Jauji (dua kanan) menyaksikan penyerahan projek siap pada Isnin. Foto Pusat Khidmat DUN Kuala Rajang

Jalan penghubung dua rumah panjang di Sare dinaik taraf

SARIKEI, 9 Jun: Penduduk dua rumah panjang di kawasan Sare kini menarik nafas lega apabila jalan utama yang menjadi penghubung harian mereka sedang dinaik taraf Kerajaan Sarawak.

Projek menaik taraf berkenaan dilaksanakan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang dengan peruntukan berjumlah RM600,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, kerja-kerja tersebut melibatkan laluan dari Rumah Resat Udin hingga ke Rumah Merupie Bidat, Sare Utara.

“Jalan raya yang sedang dinaik taraf ini merupakan laluan penting bagi penduduk untuk ke sekolah dan klinik kesihatan yang berdekatan.

“Saya berpuas hati dengan kerjasama semua pihak yang memungkinkan pelaksanaan projek ini berjalan lancar seperti dirancang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, inisiatif tersebut mencerminkan keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam memastikan kesejahteraan penduduk luar bandar terus terbela.

“Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam memperkasakan pembangunan infrastruktur luar bandar dari semasa ke semasa.

“Usaha seperti ini amat penting bagi memastikan rakyat khususnya di kawasan pedalaman tidak terpinggir dari segi kemudahan asas dan kemajuan,” ujarnya.

Projek menaik taraf itu dijangka memberi impak positif kepada penduduk setempat khususnya dalam memudahkan pergerakan dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan