Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakan-rakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi turut hadir di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun. Foto Bernama

Bedah siasat 13 jenazah pelajar UPSI di HRPB dijangka selesai tengah malam ini

ByBernama

IPOH, 9 Jun: Proses bedah siasat 13 jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan ngeri di KM53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik awal pagi tadi dijangka siap pada 12 tengah malam ini.

Pengarah Kesihatan Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata setakat 3.30 petang, enam jenazah telah selesai dibedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Proses mengambil masa kerana keadaan mayat dan ada keluarga yang masih belum tiba dari Pantai Timur untuk proses pengecaman. Setelah siap, jenazah akan diserahkan kepada keluarga secara berperingkat,” katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik HRPB di sini hari ini.

Terdahulu, dua jenazah pelajar dihantar ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat manakala 13 lagi ke HRPB.

Dr Feisul berkata tiga pasukan terlibat dalam proses bedah siasat itu, yang bermula pada 11.30 pagi.

“(Sebanyak) 13 jenazah tiba kira-kira 9 pagi dan bagi satu-satu jenazah, ia mengambil masa dua hingga tiga jam bergantung kepada keadaan. Oleh kerana jumlah mangsa yang ramai, ia mengambil masa,” katanya.

Lima belas penuntut UPSI maut selepas bas dinaiki yang disewa khas dari Jertih, Terengganu untuk ke kampus mereka di Tanjung Malim, Perak terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di JRTB berhampiran Tasik Banding, Gerik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan