Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Infrastruktur BDDA, Dato Gerald Rentap Jabu ketika mempengerusikan mesyuarat. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong.

25 projek infrastruktur bernilai RM60.89 juta di DUN Kabong

KUCHING, 9 Jun: Sebanyak 25 projek pembangunan infrastruktur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong melibatkan kos keseluruhan RM60.89 juta kini sedang giat dilaksanakan di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, lima daripada projek tersebut telah siap sepenuhnya manakala 20 lagi berada di peringkat perancangan.

“Projek yang telah siap termasuk Naik taraf Jalan Kubur Kampung Alit, Jalan Simen Rumah Belayong Empait (Ulu Roban), Jalan Simen Rumah Nangkai Janggat (Panjang Atas, Roban), Jalan Simen Rumah Tira Brundang (Sungai Antu Baruh, Roban) serta pembinaan pembentung dan kerja berkaitan di Rumah Rawing, Sungai Pasir, Kabong,” katanya kepada TVS.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Sektor Pembangunan Infrastruktur BDDA Bil. 2/2025 yang dipengerusikan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan mengikut jadual amat penting bagi memastikan rakyat Kabong mendapat manfaat langsung melalui kemudahan asas dan pembangunan sosioekonomi yang lebih baik.

“Mesyuarat ini penting untuk menyelaras tindakan, memperkemas perancangan dan mengatasi cabaran pelaksanaan projek di bawah BDDA,” ujarnya.

Sementara itu, Dato Gerald Rentap Jabu yang juga ADUN Layar berkata, mesyuarat kali ini memberi fokus kepada status terkini pelaksanaan setiap projek pembangunan infrastruktur di kawasan terlibat.

Untuk rekod, sebanyak 99 projek disenaraikan di bawah sektor pembangunan infrastruktur BDDA tahun ini dengan 10 daripadanya telah disiapkan setakat ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Betong Dato Dr Richard Rapu Begri, ADUN Beting Maro Razaili Gapor, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor dan Setiausaha Politik Premier Sarawak, Roseline Mapong Sabai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan