Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah Putih pada Sabtu memaklumkan bahawa Pengawal Nasional akan dikerahkan ke Los Angeles ketika protes yang berlarutan akibat serbuan imigresen. Foto fail AFP

Trump kerah 2,000 Pengawal Nasional ke Los Angeles susulan protes

ByBernama

WASHINGTON, 8 Jun: Rumah Putih pada Sabtu memaklumkan bahawa Pengawal Nasional akan dikerahkan ke Los Angeles ketika protes yang berlarutan akibat serbuan imigresen, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Protes tercetus pada Jumaat selepas pegawai-pegawai Imigresen dan Kastam (ICE) melaksanakan waran geledah di seluruh bandar raya itu.

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, kira-kira 1,000 penunjuk perasaan menyerang pegawai ICE pada Jumaat.

Ketua United States Border Patrol, Michael Banks berkata di platform X bahawa beberapa tangkapan dibuat pada Sabtu berhubung dakwaan serangan terhadap ejen persekutuan.

Dalam satu kenyataan, Rumah Putih menyifatkan operasi ICE itu “penting untuk mengubah dan menghentikan pencerobohan penjenayah haram ke Amerika Syarikat”.

“Susulan keganasan ini, pemimpin Demokrat California yang lemah gagal melindungi rakyat mereka,” menurut kenyataan itu.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani satu memorandum, mengerahkan 2,000 anggota Pengawal Nasional “bagi menangani pelanggaran undang-undang yang dibiarkan berlarutan.

“Pentadbiran Trump mempunyai dasar toleransi sifar terhadap kelakuan jenayah dan keganasan, khususnya jika ia ditujukan kepada pegawai penguat kuasa undang-undang yang hanya menjalankan tugas mereka.

“Penjenayah ini akan ditahan dan dibawa ke muka pengadilan dengan segera,” menurut Rumah Putih. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan