Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba dari BBP Sook mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan Toyota Avanza yang terbabas di Jalan Nabawan-Sook. Foto JBPM

Tiga cedera MPV terbabas di Jalan Nabawan-Sook

ByTVS

SOOK, 8 Mei: Tiga individu cedera ringan selepas kenderaan jenis Toyota Avanza yang mereka naiki terbabas di kawasan Eksi Tirai Nursery, Jalan Nabawan-Sook, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian.

Menurutnya, seorang daripada mangsa dilaporkan tersepit di dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas Hydraulic Power Unit.

“Kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Insiden itu membabitkan tiga mangsa iaitu dua lelaki berusia 60 dan 32 tahun serta seorang wanita berusia 56 tahun,” katanya.

Operasi menyelamat diketuai PBK I KUP Ranizan Bin Samirin melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera FRT.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.29 tengah hari.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found