Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci selepas menyempurnakan ibadah wukuf di Arafah. Foto Tabung Haji

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah selepas sempurnakan wukuf

ByBernama

MAKKAH, 8 Jun: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci selepas menyempurnakan ibadah wukuf di Arafah, menjadikan jumlah kematian jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1446H/2025M meningkat kepada sembilan orang, setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Allahyarham Syed Baharom Syed Hussin, 72, meninggal dunia di Hospital Mina Al Wadee pada 4.53 pagi waktu tempatan, akibat serangan jantung.

“Allahyarham yang berasal dari Alor Setar, Kedah sebelum itu telah menerima rawatan akibat serangan jantung di Khemah Mina sebelum dibawa ke hospital,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau Lembaga Tabung Haji (TH) telah menghubungi waris Allahyarham dan akan mengurus sepenuhnya segala keperluan berkaitan pengurusan jenazah serta kebajikan jemaah yang terlibat.

Mohd Na’im bersama seluruh barisan pengurusan tertinggi TH turut merakamkan ucapan takziah kepada waris dan ahli keluarga Allahyarham, serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan segala amal ibadahnya diterima Allah SWT.

Beliau turut memaklumkan TH akan terus memantau tahap kesihatan semua jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.

“Saya ingin menasihati para jemaah agar sentiasa menjaga kesihatan, mematuhi segala arahan petugas, serta tidak memaksa diri dalam melaksanakan ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal seperti melontar jamrah, khususnya dalam keadaan cuaca panas yang ekstrem,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan