Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Leftenan Maritim Haswarie Fadiman Mahmood Zuludin, Sahrul Khair Osman dan Arif Paijo ketika ditemui TVS pada Program Ibadah Korban Hari Raya Aidiladha di Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri, hari ini. Foto TVS

Semangat korban satukan APMM, SMITI dan sukarelawan Miri

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 8 Jun: Dua ekor lembu dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha hasil kerjasama APMM Zon Maritim Miri, Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam Tahfiz (SMITI), Seritis dan Jabatan Amal Miri.

Program yang berlangsung di Kompleks APMM itu melibatkan 50 petugas dan tiga peserta korban dengan lebih 70 penerima terdiri daripada golongan asnaf, pelajar serta staf SMITI dan Seritis.

Menurut Leftenan Maritim Haswarie Fadiman, ibadah korban dijalankan lancar hasil perancangan rapi manakala proses melapah dan pengagihan dilakukan selepas penyembelihan seawal jam 7.30 pagi.

Mudir SMITI, Sahrul Khair Osman dan wakil Jabatan Amal, Arif Paijo menyifatkan program tersebut sebagai simbol kerjasama erat antara agensi dan komuniti.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan