Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Ibadah korban anjuran Jabatan Premier Sarawak hari ini bersempena Hari Raya Aidiladha. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Semangat korban perkukuh ukhwah

ByBong Yi Sien

KUCHING, 8 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyempurnakan Majlis Ibadah Korban anjuran Jabatan Premier Sarawak sempena Hari Raya Aidiladha.

Majlis yang diadakan di perkarangan Wisma Sabati, Petra Jaya itu turut mendapat kerjasama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Sarawak.

Sebanyak enam ekor lembu dikorbankan dalam program tersebut yang disusuli dengan pengagihan daging korban dan penyampaian sumbangan kepada lebih 400 warga jabatan dan kementerian serta 100 golongan asnaf melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Program tersebut bertujuan memupuk budaya prihatin dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga perkhidmatan awam di samping menghayati nilai-nilai murni Hari Raya Aidiladha.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan