Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman bergambar bersama-sama penduduk Kampung Bakol pada Majlis Penyerahan Daging Korban dan Akikah Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang (JTPIL) di Kampung Bakol. Foto TVS.

Sarawak sasar tingkatkan bekalan daging ternakan

LIMBANG, 8 Jun: Sarawak melalui Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah menyasarkan untuk meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) daging lembu kepada 25 peratus menjelang 2030 berbanding kadar semasa sekitar 12 hingga 13 peratus.

Timbalan menterinya, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, usaha tersebut penting bagi meningkatkan bekalan daging ternakan tempatan serta menangani harga daging lembu yang tinggi di wilayah ini.

“Sasaran kita ialah meningkatkan SSL daging seperti lembu, kambing dan kerbau kepada 25 peratus menjelang 2030. Ini bersamaan dengan populasi sekitar 60,000 ekor ternakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Daging Korban dan Akikah Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang (JTPIL) di Kampung Bakol, hari ini.

Menurutnya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk program sistem pawah, kerjasama dengan agensi seperti SALCRA serta penswastaan beberapa stesen penternakan.

“Di Sri Aman kita fokus kepada kambing, di Karambungan, Miri untuk lembu dan di Maragang, Lawas bagi kerbau. Usaha ini diharap dapat menurunkan harga daging secara berperingkat sekali gus memberi peluang rakyat menikmati daging pada harga berpatutan,” ujarnya.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota turut menjelaskan bahawa Sarawak masih berdepan dengan harga lembu yang jauh lebih tinggi berbanding negeri lain.

“Seekor lembu dengan purata berat 300 hingga 400 kilogram boleh mencecah harga RM8,000 hingga RM9,000, manakala kerbau lebih murah dalam lingkungan RM6,000 hingga RM7,000,” jelasnya.

Sehubungan itu, menurutnya, menjadi tanggungjawab Kerajaan Sarawak untuk mengurangkan harga daging ke tahap yang lebih mampu dimiliki oleh rakyat.

Turut hadir Pengerusi JTPIL Limbang Sulaiman Engal dan Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang merangkap Timbalan Pengerusi JTPIL, Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found