Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Lembu dan Daging Korban Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, di Masjid Al-Kawthar, hari ini. Foto Nasrullah (TVS)

Sarawak rancang kurangkan kebergantungan daging import

ByAhmad Burhanuddin

GEDONG, 8 Jun: Kerajaan Sarawak sedang merangka langkah strategik bagi mengurangkan kebergantungan terhadap daging import khususnya dari Australia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara pendekatan utama adalah memanfaatkan sisa-sisa kelapa sawit untuk menghasilkan makanan haiwan tempatan.

“Saya pergi ke Lubok Antu dan melihat bahawa sisa daripada ladang kelapa sawit boleh diproses menjadi biojisim yang kemudiannya boleh ditukar menjadi makanan haiwan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu dan Daging Korban Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong di Masjid Al-Kawthar di sini, hari ini.

Abang Johari menjelaskan, makanan haiwan tersebut boleh digunakan dalam sistem penternakan secara feedlot tanpa perlu bergantung kepada kaedah penternakan terbuka (open grazing).

Menurutnya, pemakanan haiwan yang berkualiti adalah kunci kepada penghasilan daging tempatan bernilai tinggi.

“Dalam sistem feedlot, jika kita memberikan makanan haiwan yang berkualiti dengan campuran nutrien, rumput napier dan sisa kelapa sawit tadi maka lembu akan menerima makanan seimbang.

“Ini akan menghasilkan lembu lebih gemuk dan berkualiti, yang tentunya mempunyai nilai pasaran lebih tinggi. Kalau lembu kurus, siapa yang mahu beli? Inilah yang kita maksudkan sebagai satu ekonomi kitaran,” ujarnya.

Beliau berkata, dengan pendekatan tersebut, penternak Sarawak tidak perlu lagi mengimport makanan haiwan mahal sekali gus mengurangkan kos penternakan dan membantu kawalan harga daging.

Sebelum ini, media melaporkan harga daging di Sarawak antara yang tertinggi di negara ini sehingga mencecah RM96 sekilogram.

Berdasarkan senarai harga di laman web manamurah.com, harga purata daging lembu di Sarawak ialah RM64 sekilogram, jauh lebih tinggi berbanding negeri Kelantan yang merekodkan harga purata terendah iaitu RM27.72 sekilogram.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan