Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Penyerahan Lembu dan Daging Korban Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, di Masjid Al-Kawthar. Foto TVS

Sarawak pacu dasar pertanian berasaskan ekonomi kitaran

ByAhmad Burhanuddin

GEDONG, 8 Jun: Dasar pertanian Sarawak perlu dipacu dengan konsep ekonomi kitaran bagi memastikan setiap sisa hasil pertanian memberi manfaat kepada ekonomi rakyat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bahan sisa industri kelapa sawit kini dimanfaatkan sebagai makanan ternakan berkualiti tinggi dalam usaha mengembangkan penternakan moden secara mampan.

“Saya telah mencuba di Lubok Antu di bawah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dan jika ini berjaya, bermakna kita mempunyai 38 kilang kelapa sawit yang mengeluarkan kernel (isirung).

“Kernel itu apabila diproses dapat menghasilkan makanan haiwan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menghasilkan biofuel. Jadi, banyak hasil sampingan dapat diperolehi. Maknanya, dasar pertanian kita hendaklah berubah berdasarkan kepada ekonomi kitaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu dan Daging Korban Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong di Masjid Al-Kawthar di sini, hari ini.

Menurutnya, penghasilan makanan haiwan secara tempatan serta penggunaan kaedah penternakan moden seperti feedlot akan meningkatkan pengeluaran ternakan negeri ini.

“Jadi, dari segi makanan haiwan dan penternakan, kita mesti menggunakan kaedah baharu, bukan kaedah lama.

“Jika kaedah ini dilaksanakan, jumlah ternakan akan bertambah, bekalan meningkat dan apabila bekalan meningkat, harga boleh diturunkan serta dikawal,” ujarnya.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found