Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Penyerahan Lembu dan Daging Korban Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, di Masjid Al-Kawthar, Gedong, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Sarawak komited kawal harga daging, perluas penternakan tempatan

ByAhmad Burhanuddin

GEDONG, 8 Jun: Kerajaan Sarawak komited melaksanakan pelbagai strategi bagi memastikan harga daging tempatan dapat dikawal dan ditawarkan pada kadar berpatutan kepada rakyat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengeluaran daging tempatan perlu ditingkatkan bagi mengimbangi permintaan dan bekalan di pasaran.

Menurutnya, jika projek perintis di Lubok Antu berjaya, konsep tersebut akan diperluaskan ke seluruh negeri bagi memastikan rakyat menikmati daging berkualiti pada harga mampu milik.

“Jadi, saya telah melaksanakan projek ini di Lubok Antu sejak dua tahun lepas dan apa yang saya usahakan ini akan diumumkan pada hujung tahun dengan pendekatan tertentu.

“Ini bermakna pendapatan kita daripada sektor pertanian akan meningkat dan kita tidak lagi bergantung kepada import,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Lembu dan Daging Korban Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, di Masjid Al-Kawthar, di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, beliau telah berbincang dengan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom mengenai langkah mengawal harga daging serta mengurangkan kebergantungan kepada import yang mahal.

“Saya berpendapat sekiranya kita membayar cukai eksport dalam mata wang Australia, ia sudah tentu menjadi mahal. Oleh itu, sebagai penyelesaian, kita mesti mengeluarkan ternakan sendiri,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut menekankan pentingnya pendekatan ekonomi kitaran dalam sektor pertanian dan penternakan supaya setiap sumber serta sisa dimanfaatkan sepenuhnya.

“Saya mempunyai satu kata-kata yang diambil oleh wanita ASEAN sewaktu saya merasmikan Program ASEAN Women Entrepreneur Conference iaitu ‘Jangan sia-siakan sisa, jana pendapatan daripada sisa’ dan ia telah diambil sebagai petikan rasmi mereka,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan