Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

Polis keluar 74 saman, sita 12 motosikal di Chukai

ByBernama

CHUKAI, 8 Jun: Polis mengeluarkan 74 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dan menyita 12 motosikal dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar bandar ini bermula semalam hingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata operasi dijalankan susulan video tular memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berlumba dan menunggang secara melulu serta berbahaya di sekitar bandar itu.

“Sebanyak 68 kenderaan diperiksa menerusi operasi disertai 17 pegawai dan anggota.

“Kesemua saman dikeluarkan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati ibu bapa supaya lebih peka dengan pergerakan dan aktiviti anak-anak yang melibatkan motosikal.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan