Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri. Foto Anwar Ibrahim (FB)

PM arah PDRM semak larangan ke luar negara terhadap Fahmi Reza

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan individu selagi tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada.

“Oleh itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

“Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan ini dengan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Media semalam melaporkan Fahmi dilarang ke luar negara selepas larangan sama turut dikeluarkan kepada beliau ke Sabah minggu lepas. –  TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan