Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba pasukan Shanghai Yonda BWT, Dylan Pereira meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Piala Porsche Carrera Asia (PCCA) 2025 apabila menjuarai pusingan ketujuh yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. Foto Carrera Cup Asia (FB)

PCCA 2025: Pereira rangkul kemenangan ketiga di Litar Sepang

ByBernama

SEPANG, 8 Jun: Pelumba pasukan Shanghai Yonda BWT, Dylan Pereira meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Piala Porsche Carrera Asia (PCCA) 2025 apabila menjuarai pusingan ketujuh yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Pelumba kelahiran Luxembourg itu sekali lagi membuktikan kemampuan apabila menamatkan perlumbaan sebagai juara dengan catatan masa 41 minit 18.144 saat (s), sekali gus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan.

Kejayaan itu juga menyusuli kemenangan yang diraih dalam pusingan kelima dan keenam sebelum ini, menjadikan Pereira sebagai pelumba paling konsisten setakat ini dalam saingan musim 2025.

Pelumba pasukan Toro Racing, Enzo Trulii menamatkan perlumbaan di tempat kedua (+21.016s), manakala wakil Phantom Global Racing, Dylan Yip meraih tempat ketiga (+21.651s).

“Kami telah melakukan pelarasan terbaik terhadap jentera dan saya berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan litar. Saya sangat gembira dengan keputusan ini dan berharap dapat mengekalkan prestasi pada perlumbaan akan datang,” kata Pereira kepada pemberita selepas perlumbaan.

Pelumba negara Nazim Azman yang mewakili pasukan Sime Motors Racing pula berjaya mencatat keputusan membanggakan apabila menamatkan saingan di tempat keempat dengan catatan masa 41: 42.923s.

Namun, seorang lagi pelumba muda negara Amer Harris Jefry dari pasukan Z Speed Motorsport tidak bernasib baik apabila disenaraikan sebagai tidak memulakan perlumbaan (DNS) bagi pusingan kali ini.

Aksi PCCA musim ini akan bersambung dengan pusingan kelapan dan kesembilan yang dijadual berlangsung di Litar Jalanan Bangsaen, Thailand pada 4 hingga 6 Julai depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan