Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu melaporkan bahawa orang awam yang kelaparan di Semenanjung Gaza diserang hebat oleh tentera Israel ketika cuba mendapatkan makanan di pusat agihan bantuan. Foto AFP

Orang awam di Gaza diserang hebat ketika cuba dapatkan makanan di pusat bantuan: Agensi PBB

ByBernama

ISTANBUL, 8 Jun: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu melaporkan bahawa orang awam yang kelaparan di Semenanjung Gaza diserang hebat oleh tentera Israel ketika cuba mendapatkan makanan di pusat agihan bantuan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

UNRWA dalam satu kenyataan memetik keterangan seorang mangsa terselamat Palestin daripada serangan ke atas sebuah pusat agihan di Rafah yang ditubuhkan oleh Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) dengan sokongan Amerika Syarikat dan Israel atas nama bantuan kemanusiaan.

Kenyataan itu menyatakan bahawa rakyat Palestin yang kelaparan dan terdesak mencari makanan kini terdedah kepada serangan hebat oleh tentera Israel di pusat agihan tersebut yang digambarkan sebagai pusat bantuan, sekali gus mengancam nyawa mereka.

Ramai daripada mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong selepas terselamat daripada serangan.

UNRWA turut menegaskan keperluan mendesak untuk menyambung semula pengagihan bantuan kepada penduduk Gaza secara selamat, dan menekankan bahawa ia mesti disalurkan melalui agensi PBB termasuk UNRWA sendiri.

Sejak 27 Mei, tentera Israel melancarkan serangan ke atas zon. agihan yang diwujudkan atas nama bantuan kemanusiaan oleh GHF yang disokong Israel dan AS.

Pasukan Israel turut melepaskan tembakan ke arah orang awam yang berkumpul di lokasi agihan dalam “zon penampan” yang diwujudkan oleh Israel.

Menurut data daripada Pejabat Media di Gaza, antara 27 Mei hingga 6 Jun, tentera Israel melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin di pusat agihan, mengorbankan 110 orang dan mencederakan 583 yang lain.

Mayat sembilan rakyat Palestin masih belum ditemukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan