Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah lima mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, Pahang, semalam, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan, awal pagi ini. Foto Bernama

Nahas Jerantut: Jenazah lima mangsa selamat dikebumikan

ByBernama

BOTA, 8 Jun: Jenazah lima mangsa yang maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, Pahang, semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan di sini, awal pagi ini.

Jenazah Mohamad Ikmal Ishak, 26, dan isterinya Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, termasuk adik kepada Nur Arfiqah iaitu Mohammad Zulkifli, 21, Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani, 17, dibawa dari Jerantut, Pahang dan tiba ke Masjid Jamek Bota Kanan di sini untuk disembahyangkan kira-kira 12.30 tengah malam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah turut berada di masjid berkenaan.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan yang dihadiri ahli keluarga, saudara dan sahabat handai mangsa.

Kesemua jenazah selamat dikebumikan kira-kira 1.45 pagi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad mengesahkan kejadian membabitkan sebuah Perodua Bezza dan Toyota Alphard berlaku sekitar 12 tengah malam semalam di jalan tersebut.

Beliau berkata kesemua lima mangsa yang maut menaiki Perodua Bezza iaitu Muhammad Ikmal, isterinya Nur Arfiqah serta adik iparnya Mohammad Zulkifli, Mohamad Azizul Hakimi dan Nurul Hazwani. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan