Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Myanmar sasar eksport lebih 350,000 tan getah pada tahun kewangan 2025-26

ByBernama

YANGON, 8 Jun: Myanmar menyasarkan untuk mengeksport antara 350,000 hingga 380,000 tan getah pada tahun kewangan 2025-2026 (April 2025 hingga Mac 2026), menurut seorang pegawai Persatuan Penanam dan Pengeluar Getah Myanmar kepada Xinhua pada Ahad.

Bagi tahun kewangan 2024-2025, Myanmar mengeksport kira-kira 300,000 tan getah, menjana hampir US$500 juta, menurut akhbar milik kerajaan The Global New Light of Myanmar.

Menurut laporan itu, 75 peratus daripada jumlah eksport getah Myanmar dihantar ke China, manakala selebihnya dieksport ke Malaysia, Indonesia, Vietnam, India dan Jepun.

Getah ditanam di kawasan seluas 1.4 juta ekar (0.56 juta hektar) di seluruh negara. Negeri Mon adalah pengeluar getah utama, diikuti oleh wilayah Tanintharyi dan negeri Kayin, menurut laporan itu lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan