Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MINDEF sedang mengenal pasti punca kegagalan 206 peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 mendaftar diri pada Mei lepas, sama ada disebabkan faktor kesihatan atau komitmen pekerjaan. Foto fail Bernama

MINDEF kenal pasti alasan kesihatan, komitmen pekerjaan peserta PLKN tidak daftar diri

ByBernama

JELI, 8 Jun: Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang mengenal pasti punca kegagalan 206 peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 mendaftar diri pada Mei lepas, sama ada disebabkan faktor kesihatan atau komitmen pekerjaan.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata peserta yang terlibat adalah terikat dengan Akta Khidmat Negara 2003.

“Kita akan buat penilaian secara menyeluruh, termasuk meneliti alasan membabitkan aspek kesihatan dan penglibatan peserta dalam pekerjaan.

“Kita mahu tahu punca sebenar kegagalan mendaftar kerana kaedah yang digunakan bukan hanya dengan memberi makluman, tetapi kita turut berhubung secara langsung dengan mereka yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Veteran Desa MADANI Jajahan Jeli di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual di sini hari ini.

Adly berkata, pihaknya sedang menunggu laporan daripada jawatankuasa PLKN termasuk pembentangan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) berkaitan alasan dan senarai nama peserta terlibat.

Menurutnya, meskipun terdapat peruntukan undang-undang yang boleh digunakan terhadap mereka, kementerian tetap akan menilai secara keseluruhan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Jika tiada pilihan lain, barulah kita menggunakan peruntukan undang-undang bagi tujuan mendisiplinkan mereka,” katanya.

Di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628), peserta yang gagal mendaftar dalam tempoh ditetapkan boleh dirujuk ke Bahagian Undang-Undang.

Sementara itu, mengenai penglibatan Orang Asli dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya sebagai askar wataniah, Adly berkata penyertaan mereka masih rendah.

Justeru, pihaknya akan memperluas pelaksanaan program kesedaran di perkampungan Orang Asli, yang sebelum ini tertumpu di Perak, dan seterusnya ke Kelantan khususnya di kawasan Gua Musang dan Jeli.

“Walaupun tiada angka sasaran ditetapkan, kita yakin jumlah penyertaan akan meningkat menjelang akhir tahun ini sekiranya program kesedaran terus dilaksanakan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan