Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kesan ganja yang ditemukan dalam bungkusan gula-gula Haribo di Belanda bukan berpunca daripada proses pengeluaran, kata pengilang gula-gula itu. Foto hiasan AFP

Kesan ganja dalam gula-gula Haribo bukan berlaku semasa pengeluaran – Pengilang

ByBernama

AMSTERDAM, 8 Jun: Kesan ganja yang ditemukan dalam bungkusan gula-gula Haribo di Belanda bukan berpunca daripada proses pengeluaran, kata pengilang gula-gula itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pada akhir Mei lalu, Haribo menarik balik bungkusan gula-gula di Belanda, Belgium dan Luxembourg selepas beberapa bungkusan didapati mengandungi kesan ganja.

Badan keselamatan makanan Belanda (NVWA) memaklumkan bahawa tiga bungkusan seberat 1 kilogram Haribo Happy Cola F!ZZ didapati tercemar.

Siasatan Haribo dan ujian makmal bebas mendapati ganja itu tidak memasuki produk semasa pengeluaran, kata Haribo.

“Kami berbesar hati mengesahkan bahawa keputusan ujian adalah negatif dan tiada tanda-tanda pencemaran,” kata jurucakap Haribo.

“Siasatan dalaman kami juga menunjukkan tiada sebarang penyelewengan dalam proses pengeluaran kami.”

Haribo bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menentukan bagaimana ganja itu boleh masuk ke dalam gula-gula itu.

NVWA turut memberi amaran bahawa pengambilan botol cola yang tercemar boleh menyebabkan masalah kesihatan, termasuk pening.

Beberapa individu, termasuk kanak-kanak, mengadu mengalami rasa tidak sihat.

Dua kanak-kanak telah dirawat di hospital, dan seorang daripada mereka dilaporkan koma. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan