MIRI, 8 Jun: Sebuah kereta terbakar selepas kemalangan kendiri di hadapan Everwin, Taman Tunku di sini, awal pagi tadi.
Komander Operasi, Azman Ibi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.03 pagi dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Saga telah terbakar keseluruhan dipercayai setelah berlaku kemalangan kendiri.
“Setelah size up berkonsepkan RECEO, operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dikawal dan padam sepenuhnya,” katanya dałam kenyataan hari ini.
Pemandu kenderaan tersebut telah dibawa oleh ambulans bagi mendapat rawatan sebelum ketibaan pihak bomba.-TVS