TUARAN, 7 Jun: Sebuah kereta jenis Proton Iswara musnah sepenuhnya dalam insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Simpangan, petang semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 6.58 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai.
“Kebakaran melibatkan sebuah kereta yang diletakkan di kawasan tepi rumah dan terbakar seratus peratus,” katanya.
Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari tangki jentera.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.40 malam.-TVS