Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Kementerian Haji Arab Saudi lancar program inovatif tingkat kesejahteraan jemaah

ByBernama

MINA, 7 Jun: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan program “Happiness Team” bagi meningkatkan pengalaman emosi dan spiritual jemaah sepanjang musim haji.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), program itu merupakan sebahagian daripada usaha kementerian untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memastikan perjalanan haji yang tidak dapat dilupakan serta memuaskan bagi para jemaah.

“Happiness Team” terdiri daripada lebih 600 pakar terlatih yang bertugas di seluruh lokasi suci, melaksanakan aktiviti lapangan dan perkhidmatan bersepadu yang direka untuk membangkitkan rasa gembira, keyakinan serta ketenangan emosi dalam kalangan jemaah.

Inisiatif itu menekankan kecerdasan emosi dan kecekapan profesional dalam mengurus tekanan dan ketidakselesaan, dengan mengubah cabaran kepada pengalaman yang positif dan menggalakkan.

Selain sokongan psikologi dan sosial, program itu turut menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kecemasan.

Ia merangkumi laluan respons kecemasan khas, rondaan ambulans bergerak, penjagaan neonatal serta intervensi perubatan pantas bagi kes kritikal.

Usaha ini mencerminkan pendekatan kementerian yang menyeluruh terhadap kebajikan jemaah, dengan menggabungkan keselamatan fizikal bersama kesejahteraan emosi dan kerohanian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan