Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelajar Malaysia di Universiti Harvard boleh meneruskan pengajian mereka tanpa gangguan status visa buat masa ini, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Foto fail AFP

Isu visa: Pelajar Malaysia di Harvard boleh teruskan pengajian tanpa gangguan – KPT

ByBernama

PUTRAJAYA, 8 Jun: Pelajar Malaysia di Universiti Harvard boleh meneruskan pengajian mereka tanpa gangguan status visa buat masa ini, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia susulan perkembangan terbaharu Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang memutuskan untuk mengekalkan Perintah Tahanan Sementara (TRO) yang difailkan oleh Universiti Harvard, sekali gus memberikan kelegaan kepada lebih 6,800 pelajar antarabangsa di universiti berkenaan.

Menurut kenyataan itu, KPT memantau rapat perkembangan isu berkenaan melalui Pejabat Education Malaysia Washington D.C. (EMWDC).

“Keputusan ini membolehkan pelajar antarabangsa termasuk pelajar Malaysia meneruskan pengajian mereka tanpa gangguan kepada status visa buat masa ini.

“KPT dan Pejabat EMWDC juga telah berhubung dengan pihak penaja yang berkaitan serta pihak berkuasa pendidikan AS. KPT juga menyambut baik komitmen mereka untuk bekerjasama memastikan kebajikan pelajar Malaysia sentiasa terpelihara,” menurut kementerian itu.

KPT turut mengingatkan pelajar untuk sentiasa mengemas kini maklumat berkaitan Latihan Praktikal Pilihan (OPT) mereka serta berhati-hati dalam setiap tindakan yang melibatkan urusan imigresen.

“Buat masa ini tiada pelajar Malaysia mengalami masalah atau isu berkaitan rekod Sistem Pelajar dan Pertukaran Pelawat (SEVIS) serta penarikan semula visa mereka,” menurut kenyataan itu.

Bagi pelajar baharu yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Harvard bagi kemasukan September 2025, KPT menyarankan mereka berhubung secara langsung dengan pihak universiti dan penaja masing-masing untuk mendapatkan perkembangan terkini sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.

“Malaysia percaya bahawa pendidikan tinggi merentas sempadan adalah landasan penting kepada pembangunan bakat global, pertukaran ilmu dan kerjasama strategik antara negara.

“KPT menyeru agar semua pihak kekal tenang, bertindak berdasarkan maklumat sahih dan memberi keutamaan kepada kepentingan pelajar dalam menghadapi isu itu. Selaras dengan konsep Malaysia MADANI, KPT akan terus menyokong pelajar Malaysia di luar negara dalam apa jua keadaan,” menurut kementerian itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan