Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adam Yii Siew Sang hadir pada Program Ibadah Korban 1446H/2025M anjuran Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya. Foto Salasiah Safian (TVS)

Ibadah korban wadah penyatuan ummah

BySalasiah Safian

MIRI, 8 Jun: Ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya berjalan lancar hasil kerjasama erat pelbagai pihak, termasuk ahli kariah, belia masjid dan sukarelawan.

Timbalan Datuk Bandar Miri, Ariffin Mohamad yang juga Pengerusi Masjid Darul Ehsan menzahirkan rasa syukur atas semangat kekitaan dan gotong-royong yang ditunjukkan sejak awal persiapan program.

“Tidak kira siang atau malam, ramai yang tampil menyumbang tenaga, masa dan kepakaran demi memastikan majlis berjalan lancar dan tertib.

“Tahun ini, ibadah korban dikendalikan oleh satu pasukan penyembelih berpengalaman yang bukan sahaja mahir dari segi teknikal malah memahami adab serta syarat-syarat penyembelihan menurut syarak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Ibadah Korban 1446H/2025M anjuran Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya hari ini.

Sebanyak 11 ekor haiwan korban disembelih pada tahun ini di masjid tersebut.

Menurutnya, kemudahan di masjid yang lengkap turut membantu melancarkan pelaksanaan korban serta memastikan pematuhan terhadap garis panduan penyembelihan yang ditetapkan.

“Pihak masjid turut mendapat bantuan daripada ustaz yang berperanan sebagai penasihat dan pemantau sepanjang proses berlangsung.

“Ia bagi memastikan setiap aspek ibadah dilaksanakan mengikut hukum syarak serta piawaian kebersihan dan keselamatan,” ujarnya.

Ariffin berkata, ibadah korban bukan sekadar amalan rutin malah berfungsi sebagai medium pendidikan dan penghayatan nilai Islam.

“Ibadah ini mengajar kita erti ihsan dan peri kemanusiaan terhadap haiwan di samping menyatukan komuniti dalam semangat pengorbanan dan keikhlasan,” jelasnya.

Turut hadir, Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan