Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mohd Chee Kadir menghadiri Majlis Simbolik Penyembelihan dan Pengagihan Daging Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Ibadah korban lambang keikhlasan dan kekuatan komuniti

KABONG, 8 Jun: Hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat perlu sentiasa diperkukuh terutama menyambut setiap perayaan termasuk Hari Raya Aidiladha.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, ibadah korban yang dijalankan semasa Hari Raya Aidiladaha merupakan platform terbaik untuk terus mengukuhkan hubungan antara masyarakat.

“Ini merupakan komitmen kita untuk terus menyantuni masyarakat di Kabong. Melalui pelaksanaan ibadah korban ini, kita juga menghidupkan syiar Islam yang merupakan sunnah muakkad dalam menyambut Hari Raya Aidiladha,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Simbolik Penyembelihan dan Pengagihan Daging Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Sabtu.

Majlis tersebut diadakan serentak di tiga lokasi merangkumi Masjid Ar-Rahman Kampung Sessang, Masjid Lebai Mat Kampung Emplam dan Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat.

Menurutnya, program seperti itu mampu memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ahli kariah melalui aktiviti gotong-royong.

“Penglibatan secara langsung wakil rakyat dalam program kemasyarakatan amat penting bagi mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

“Selain itu, program tersebut turut berperanan memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan belia mengenai erti sebenar Aidiladha termasuk nilai pengorbanan, keikhlasan dan kehidupan beragama secara menyeluruh,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan