KUCHING, 8 Jun: Dunia tinju bakal menyaksikan satu detik bersejarah apabila Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) secara rasmi mengumumkan kepulangan mereka ke Malaysia dengan dua pertarungan kejuaraan utama yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada hujung tahun ini.
Menurut kenyataan rasmi IBA, Malaysia dipilih sebagai tuan rumah atas rekod penganjuran yang cemerlang dan sokongan padu peminat tempatan terhadap sukan tinju yang semakin berkembang.
“Kehadiran semula IBA ke rantau ini adalah sebahagian daripada komitmen badan induk tersebut dalam memperluas capaian global dan memberi pentas kepada bakat-bakat dari Asia Tenggara,” menurut IBA pada Sabtu.

Penganjuran acara berprestij itu akan dianjurkan bersama oleh WWC Promotions dengan kerjasama penganjur tempatan, Yusuf Azmi dan penasihat tinju antarabangsa, Dr. Urgyen Rinchen Sim.
Menurut kenyataan itu, dua pertarungan kejuaraan yang disahkan setakat ini ialah IBA Intercontinental Championship (Super Bantamweight) yang membabitkan petinju sensasi negara, Daeloniel McDelon Bong atau Kilat Boy dan pertarungan Super Lightweight antara Arfiqanie Ahmad Anshori.
Satu sidang media khas akan diadakan dalam masa terdekat untuk memperkenalkan barisan peninju, memperincikan jadual penuh dan memberi gambaran awal tentang acara yang dijangka menjadi antara pertarungan tinju paling dinantikan di Asia Tenggara tahun ini.-TVS