Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua buruh warga asing yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah ditahan polis dalam satu serbuan di hadapan sebuah bangunan kedai di Jalan Boulevard Setiaraja, di sini, semalam. Foto IPD Mukah

Dua buruh asing ditahan edar dadah di Mukah

BySuara Sarawak

MUKAH, 8 Jun : Dua buruh warga asing yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah ditahan polis dalam satu serbuan di hadapan sebuah bangunan kedai di Jalan Boulevard Setiaraja, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 38 dan 54 tahun itu bekerja di sebuah ladang kelapa sawit.

Katanya, serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah kira-kira pukul 7.00 malam.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek pertama telah menemui tiga paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu, manakala satu lagi paket dijumpai pada suspek kedua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keseluruhan rampasan dadah dianggarkan seberat 10.30 gram dengan nilai pasaran sekitar RM1,150 dan kesemua barangan tersebut dijadikan sebagai barang kes.

“Kedua-dua mereka dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka negatif dadah,” ujarnya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, permohonan reman ke atas kedua-dua suspek diluluskan Mahkamah Majistret Mukah selama empat hari sehingga 12 Jun ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Polis percaya kedua-dua lelaki ini dipercayai ‘pusher’ yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar bandar Mukah.

“Sehubungan itu, orang ramai diseru menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah menerusi talian hotline IPD Mukah di 084-871222,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan