Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Hilmy Othman bersama-sama pihak penganjur dan vendor Modern Home Living Expo.-Foto TVS

DBKU komited anjur acara perkukuh perniagaan tempatan

KUCHING, 8 Jun: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyatakan komitmen untuk bekerjasama dalam menganjurkan lebih banyak acara pameran dan jualan di kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman berkata, ia sebagai usaha membantu komuniti perniagaan tempatan memulihkan dan meningkatkan prestasi perniagaan pasca pandemik.

Menurutnya, ramai peniaga menghadapi cabaran dalam membina semula portfolio perniagaan mereka selepas pandemik COVID-19.

“Penganjuran acara seperti di Pusat Konvensyen Metrocity dilihat sebagai platform strategik untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan kepada khalayak lebih luas.

“Dengan inisiatif penganjur mengadakan Konvensyen Metrocity ini, ia menjadi satu platform penting yang menghimpunkan pelbagai pihak di satu lokasi luas untuk mengetengahkan dan mempamerkan produk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan mesra di Pusat Konvensyen Metrocity hari ini.

Menurutnya, kemudahan yang disediakan di pusat konvensyen tersebut amat sesuai untuk acara seperti Modern Home Living Expo yang sedang berlangsung ketika ini.

“Kita akan terus menyokong penganjuran acara yang memberi manfaat kepada komuniti perniagaan selain merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi di kawasan pentadbirannya.

“Sebagai pihak berkuasa tempatan, kami menyokong sepenuhnya penganjuran seperti ini yang memberikan suasana kondusif dan peluang yang menjanjikan kepada komuniti perniagaan untuk berkembang,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan