Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada Program Korban Perdana Perpaduan UMNO Bahagian Lembah Pantai di ibu negara. Foto: Amiruddin Shah (TVS)

Data telefon bimbit dari syarikat telekomunikasi untuk statistik rasmi DOSM

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Data telefon bimbit yang diperoleh daripada syarikat telekomunikasi diperuntukkan bagi kegunaan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk tujuan penghasilan statistik rasmi negara, kata Datuk Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu memberi jaminan bahawa data yang dikumpulkan tidak akan diserahkan dalam bentuk yang mengandungi sebarang maklumat peribadi pengguna (PII).

Jelasnya, syarikat telekomunikasi juga bakal mengeluarkan kenyataan media masing-masing berhubung perkara tersebut.

“Ini adalah satu keputusan yang telah dibuat bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta telah melibatkan agensi seperti DOSM,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Korban Perdana Perpaduan UMNO Bahagian Lembah Pantai di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata perbincangan itu telah diadakan dan dipersetujui sejak 2023.

Sementara itu, Fahmi berkata kementeriannya ingin memastikan data yang dikumpulkan di bawah DOSM itu mampu menyumbang kepada pembinaan dasar berasaskan bukti dan membawa manfaat kepada masyarakat.

“Pengumpulan data ini lebih merujuk kepada trend supaya maklumat yang lebih terperinci dapat dikumpulkan mengenai mutu, tahap perkhidmatan, serta jumlah pengguna di sesuatu mukim atau daerah. Ini kerana pada masa ini, maklumat tentang sektor telekomunikasi masih bersifat terlalu umum,” katanya.

Fahmi memberitahu bahawa Kementerian Komunikasi juga ingin memberikan maklumat berdasarkan angka yang diperoleh daripada setiap syarikat telekomunikasi, berbanding maklumat dalam bentuk angka komposit seperti Liputan Kawasan Berpenduduk (COPA). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan