Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyerahkan daging korban kepada penerima. Foto TVS

Daging korban tanda prihatin terhadap asnaf

ASAJAYA, 8 Jun: Seramai 32 golongan asnaf dari Kampung Sebandi Matang dan Kampung Sebandi Lot menerima sumbangan daging korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2025 hasil inisiatif Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, pengagihan tersebut bertujuan menyantuni golongan asnaf dan kurang berkemampuan di kawasan tersebut.

“Pengagihan daging korban ini merupakan inisiatif bagi menyantuni golongan asnaf serta kurang berkemampuan di sekitar kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengagihan Daging Korban Daerah Asajaya 2025, di sini, pada Ahad.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang.

Secara keseluruhan, program tersebut menyaksikan seramai 479 penerima dalam kalangan asnaf dan golongan kurang berkemampuan dari seluruh daerah Asajaya menerima agihan daging korban tahun ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan