Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan suami isteri terlibat dalam kejadian bot terbalik di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang dekat sini Jumaat lepas, ditemukan lemas pada 7.45 pagi tadi. Foto Bernama

Bot terbalik: mayat pasangan suami isteri ditemukan pagi ini

ByBernama

SHAH ALAM, 8 Jun: Pasangan suami isteri terlibat dalam kejadian bot terbalik di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang dekat sini Jumaat lepas, ditemukan lemas pada 7.45 pagi tadi.

Pegawai Operasi Unit Penguatkuasaan dan Eksais Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Leftenan Maritim Mohd Syafiq Sazali berkata mayat Gan Hon Tat, 32, dan Careen Man, 29, ditemukan di kedudukan 0.1 batu nautika dari Pusat Hidrografi Nasional, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

“Mangsa ditemukan terapung oleh Kapal Maritim DANGA (KM DANGA) sebelum pihak bomba membantu membawa mayat ke Jeti Maritim Negeri Selangor.

“Mayat tiba di jeti pada 8.50 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pasangan suami isteri berasal dari Klang Utama itu antara enam individu terbabit dalam kejadian bot terbalik pada kira-kira 5 petang, Jumaat.

Insiden itu menyebabkan tiga termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala seorang remaja selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan