MIRI, 8 Jun: Pihak bomba melakukan khidmat khas membantu menyelamatkan anak kucing yang terperangkap dalam kereta di Jalan Kampung Sealine, Lutong di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.02 pagi dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati ada anak kucing di dalam bonet kereta.Pihak bomba menyelamatkan kucing itu menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, selepas berjaya dikeluarkan kucing itu kemudian dilepaskan ke tempat yang selamat.
Setelah memastikan keadaan selamat pihak bomba bertolak balik ke balai. -TVS