Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab bersama-sama pemenang Pertandingan Memancing Pantai Iftitah Grand Prix Siri Dua. Foto Iftitah Resort & Restaurant

Azman rangkul RM10,000 selepas tewaskan pari 18kg

TANJUNG MANIS, 8 Jun: Seekor ikan pari seberat 18.05 kilogram membawa tuah kepada Azman Eline dari Kampung Jerijeh apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memancing Pantai Iftitah Grand Prix Siri Dua yang berlangsung meriah di sini hari ini.

Dengan tangkapan terberat pertandingan, Azman membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000.

Tempat kedua dimenangi oleh Bujang Bernard yang berjaya menaikkan ikan pari seberat 13.8 kilogram, membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

Sementara itu, Ahmad Farizwan Suaidi menduduki tempat ketiga dengan tangkapan pari seberat 8.5 kilogram dan menerima hadiah wang tunai.

Selain tiga pemenang utama, seramai 12 peserta lain turut menerima hadiah saguhati berupa peralatan memancing sebagai penghargaan atas penyertaan dan semangat juang mereka sepanjang pertandingan.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Iftitah Resort & Restaurant dengan objektif menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti memancing serta mengeratkan hubungan sesama komuniti pemancing di Sarawak.

Menurut Pengerusi Penganjur, Ibnee Ekni, penganjuran kali ini menerima sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 295 peserta dari pelbagai kawasan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab yang turut memuji usaha penganjur dalam memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.

“Kita berbangga dengan kesungguhan peserta yang menunjukkan semangat kental dan daya saing tinggi walaupun berdepan cuaca panas serta cabaran ombak laut sepanjang pertandingan berlangsung.

“Semangat juang yang ditampilkan jelas membuktikan bahawa memancing bukan sekadar hobi tetapi satu aktiviti yang memerlukan kesabaran, kemahiran dan kekuatan mental,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan