Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui pada Majlis Pengagihan Daging Korban Daerah Asajaya 2025 pada Ahad. Foto TVS

Asnaf diseru berdaya saing, rebut peluang pembangunan

ASAJAYA, 8 Jun: Golongan asnaf diseru menanam semangat berdaya saing dan berusaha meningkatkan taraf sosioekonomi bagi keluar daripada kepompong kemiskinan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setiap lapisan masyarakat perlu merebut peluang yang bakal terhasil daripada pembangunan pesat termasuk di kawasan Asajaya.

Menurutnya, ia termasuk pembinaan infrastruktur dan kemudahan logistik bertaraf antarabangsa yang mampu memperkasakan ekonomi setempat.

“Memang menjadi tanggungjawab kita sebagai insan untuk terus berusaha. Sepanjang saya menjadi wakil rakyat kita dapat menyaksikan banyak perubahan di Asajaya.

“Apabila pembangunan meningkat, jalan raya dan sekolah bertambah baik, lebih ramai anak-anak kita berjaya. Walaupun ibu bapa mereka dahulu tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti, kini hampir setiap kampung mempunyai anak bergelar graduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengagihan Daging Korban Daerah Asajaya 2025 di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau menyantuni 69 asnaf dari Kampung Asajaya Ulu dan Kampung Asajaya Laut seterusnya mengagihkan sebanyak 200 kilogram daging korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1446H.

Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya menjelaskan, ilmu pengetahuan adalah kunci utama dalam mengubah kehidupan seseorang termasuk dalam kalangan asnaf.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan