Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Hazland Abang Hipni turut hadir di beberapa venue program ibadah korban di DUN Demak Laut

41 lembu dikorbankan di Demak Laut

ByMahathir Haroun

KUCHING, 8 Jun: Sebanyak 41 ekor lembu dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan penduduk kampung setempat.

Program ibadah korban tersebut dilaksanakan secara berperingkat selama dua hari dengan penglibatan aktif pelbagai komuniti kampung, masjid, surau dan PBB di kawasan DUN tersebut.

Pada hari pertama, sebanyak 17 ekor lembu dikorbankan manakala baki 24 ekor lagi disempurnakan pada hari kedua, menjadikan jumlah keseluruhan korban sebanyak 41 ekor.

Pelaksanaan program tersebut bukan sahaja mencerminkan kepatuhan umat Islam terhadap tuntutan agama malah menjadi platform untuk memperkukuhkan semangat gotong-royong, kebersamaan dan perpaduan komuniti setempat.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni yang turut hadir di beberapa lokasi menghargai usaha dan komitmen semua pihak yang terlibat.

“Lebih penting, program ini memberi manfaat terus kepada mereka yang memerlukan khususnya golongan asnaf dan penduduk kampung di kawasan DUN Demak Laut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr. Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut menjelaskan, ibadah korban bukan sekadar ritual tahunan malah membawa mesej pengorbanan, kasih sayang dan solidariti masyarakat yang wajar diteruskan sepanjang masa.

“Dengan penglibatan menyeluruh masyarakat, program ibadah korban di DUN Demak Laut tahun ini bukan sahaja meriah dan bermakna malah memperkukuh ikatan ukhuwah serta memberikan sentuhan langsung kepada kesejahteraan komuniti,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan