Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya pagi ini. Foto TVS

TYT, Premier tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 7 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama lebih 3,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak, pagi ini.

Solat tersebut dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadhilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Dalam khutbah bertajuk ‘Meraih Keimanan, Meningkatkan Pengorbanan’, beliau mengingatkan jemaah agar terus memperkukuhkan pengorbanan dalam kehidupan mereka, sebagai satu bentuk pendekatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selesai solat, Tun Dr Wan Junaidi dan Abang Johari menyertai Majlis Kesyukuran Aidiladha anjuran Majlis Islam Sarawak dan turut menyempurnakan simbolik penyembelihan korban bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Majlis kemudian diteruskan dengan agihan daging korban kepada golongan asnaf di sekitar Kuching kepada seramai 100 orang penerima sumbangan termasuk golongan mualaf, dengan simbolik penyampaian diberikan kepada 30 penerima, terdiri daripada 15 lelaki dan 15 wanita.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan