Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SMK Saribas bergambar kenangan selepas dinobatkan juara keseluruhan pertandingan Perarakan Gawai Dayak BahagIan Betong 2025. Foto TVS

SMK Saribas juara keseluruhan Perarakan Gawai Dayak Bahagian Betong 2025

BETONG, 7 Jun: Kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas, Debak berjaya mempertahankan kejuaraan ketiga tahun berturut-turut seterusnya dinobatkan selaku juara keseluruhan pertandingan Perarakan Gawai Dayak Bahagian Betong 2025.

Dengan memperagakan pakaian daripada etnik yang ada di Sarawak dengan tema ‘Bujang Berani Pulai Ngayau’ mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta piala, sijil dan piala pusingan mengalahkan 17 kontinjen lain.

Perarakan sejauh 1.8 Kilometer yang bermula dari Kompleks Sukan Betong mengelilingi Pasar Betong sebelum berakhir di Dewan Panglima Rentap disertai seramai 1,519 peserta daripada 18 kontinjen itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richrad Rapu Begri mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pertandingan dibahagikan kepada empat kategori, meliputi kategori A melibatkan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta.

Kategori B pula, terdiri daripada Ketua-Ketua Rumah Panjang, Kampung, Badan Bukan Kerajaan dan Pekan.

Sementara, sekolah-sekolah menengah diletakkan dalam kategori C manakala sekolah rendah dalam Bahagian Betong dalam kategori D.

Pemenang setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, naib johan RM2,000 dan tempat ketiga ialah RM1,000 beserta sijil dan piala.

SMK Saribas turut mendapat kemenangan berganda apabila turut dinobatkan sebagai johan kategori C mengalahkan SMK St. Augustine ditempat kedua dan SMK Spaoh ketiga.

Kategori A, johan disandang oleh Kontinjen Pejabat Kesihatan Bahagian Betong dan SALCRA Betong ditempat kedua serta JKR tempat ketiga.

Kategori B, turut menyaksikan kontinjen yang julung kali menghantar penyertaan Rantau Kemayau Manis selaku johan, Dayak Bukit Kelingkang tempat kedua dan SDNU & SIDS Saratok ketiga.

Kategori D, johan disandang oleh SK St Augustine, Naib Johan WK Nanga Passa dan ketiga SK Paku Central.

Pnganjuran Perarakan Gawai Dayak Bahagian Betong pada tahun ini bertemakan slogan ‘Mujur Mansang Segulai Sejalai’ bersempena dengan Program Menyambut Tetamu Hari Gawai Dayak Bahagian Betong 2025 yang dianjurkan oleh Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF). -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan