Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz. Foto TVS

Petronas beku pengambilan pekerja sehingga Disember 2026

ByMadeline Dugat

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Petroliam Nasional Sdn Bhd (Petronas) mengumumkan pelaksanaan pembekuan umum aktiviti pengambilan pekerja sehingga Disember 2026.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, langkah ini merupakan sebahagian daripada transformasi strategik Petronas bagi memastikan syarikat kekal kompetitif dan berdaya tahan dalam jangka masa panjang.

Namun begitu, Petronas menegaskan bahawa pengecualian akan diberikan kepada jawatan-jawatan kritikal yang penting untuk kelangsungan operasi dan keperluan perniagaan yang akan dinilai secara teliti berdasarkan kes demi kes.

“Tinjauan menyeluruh terhadap aset, proses, perbelanjaan dan tenaga kerja adalah perubahan asas yang penting bagi Petronas untuk terus berdaya saing dan mendorong pertumbuhan masa depan dalam persekitaran pasaran yang semakin mencabar.

“Transformasi ini dirancang untuk meletakkan Petronas pada kedudukan yang lebih baik bagi memastikan ia kekal relevan dalam peralihan tenaga yang mencabar, memperkukuh daya tahannya serta membolehkannya terus berdaya saing, sambil mempercepat pertumbuhan melalui pelaburan yang disasarkan serta mewujudkan tenaga kerja yang tangkas dan berteraskan nilai,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, langkah pembekuan ini akan disokong oleh penilaian tenaga kerja secara menyeluruh di semua peringkat organisasi, yang dijangka melibatkan pengurangan tenaga kerja sekitar 10 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Proses pemberitahuan kepada kakitangan yang terlibat akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.

Tengku Muhammad Taufik menegaskan bahawa proses ini akan dilaksanakan dengan ketelusan, keprihatinan dan rasa hormat terhadap semua individu yang terkesan.

“Kami mengakui bahawa proses ini mungkin membawa kepada pelarasan tenaga kerja yang sukar tetapi perlu, dengan anggaran pengurangan sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja kami.Petronas berusaha untuk menyelesaikan proses pemberitahuan kepada kakitangan yang terlibat secara berperingkat sehingga akhir tahun ini,” tambah beliau.

Katanya, transformasi ini dirancang untuk meletakkan Petronas pada kedudukan yang lebih baik bagi memastikan ia kekal relevan dalam peralihan tenaga yang mencabar, memperkukuh daya tahannya serta membolehkannya terus berdaya saing, sambil mempercepat pertumbuhan melalui pelaburan yang disasarkan serta mewujudkan tenaga kerja yang tangkas dan berteraskan nilai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan