Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Batalion 12 Pusat Gerakan Am (PGA) Miri, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Perpaduan rakyat, kestabilan politik indikator kemajuan Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 7 Jun: Perpaduan rakyat dan kestabilan politik merupakan faktor penting untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran di Sarawak.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, tumpuan boleh diberikan kepada kemajuan dan pembangunan sekiranya faktor tersebut dicapai.

“Di mana kita semua boleh tertumpu tenaga kita, dan usaha kita ke atas kemajuan dan pembangunan dan kepentingan kepada kebajikan rakyat. Jadi itulah yang penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Surau Darul Ibadah Batalion 12 Pusat Gerakan Am (PGA) Miri di sini, hari ini.

Di majlis yang sama, beliau turut menyumbangkan seekor kerbau kepada Batalion 12 PGA Miri.

Dalam pada itu, beliau juga berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Batalion 12 PGA Miri yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan.

“Ini adalah juga untuk tanda kita memang tidak melupakan segala jasa bakti dan sumbangan anggota-anggota keselamatan kita di PGA ke atas keselamatan kita khasnya di Miri, Sarawak dan Malaysia,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan