Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perarakan Gawai Dayak 2025 Bahagian Betong kali ini melibatkan laluan sejauh 1.8 kilometer mengelilingi Pekan Betong dengan penyertaan seramai 1,519 peserta daripada 18 kontinjen yang dibahagikan kepada empat kategori. Foto TVS

Perarakan Gawai Dayak medium terbaik perkenal budaya asal Dayak ke peringkat global

BETONG, 7 Jun: Perarakan Gawai Dayak 2025 Bahagian Betong platform terbaik untuk memperkenalkan budaya asal masyarakat Dayak ke peringkat global, sekali gus mampu menarik lebih ramai pelancong ke daerah itu.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu Begri berkata, melalui penganjuran acara sebegini juga turut membuka ruang kepada masyarakat setempat dalam menjana pendapatan melalui sektor pelancongan, sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

“Ini merupakan peluang terbaik bagi kita dalam mempromosikan budaya asal kaum Dayak ke mata dunia.

“Seterusnya mampu meningkatkan pendapatan sosioekonomi masyarakat setempat di Betong ini khususnya dan Sarawak amnya menerusi aktiviti pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Perasmian Perarakan Gawai Dayak 2025 Bahagian Betong yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong hari ini.

Perarakan Gawai Dayak 2025 Bahagian Betong kali ini melibatkan laluan sejauh 1.8 kilometer mengelilingi Pekan Betong, dengan penyertaan seramai 1,519 peserta daripada 18 kontinjen yang dibahagikan kepada empat kategori.

Kategori A melibatkan jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun dan swasta. Kategori B pula terdiri daripada ketua kaum, rumah panjang, kampung, badan bukan kerajaan dan pekan. Kategori C disertai sekolah menengah, manakala Kategori D melibatkan sekolah rendah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan