Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menghadiri Majlis Ibadah Korban Pemuda Samariang pada Sabtu. Foto TVS

Pemuda PBB Samariang teruskan agihan daging korban

KUCHING, 7 Jun: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Samariang meneruskan program tahunan agihan daging korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1446 Hijrah hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PBB Cawangan Samariang, Arafan Annuar berkata, daging korban yang diagihkan kepada 20 ranting PBB Cawangan Samariang merupakan sumbangan daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang,Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

“Pada tahun ini, kami memperoleh 100 kilogram daging untuk diagihkan kepada 20 ranting PBB dalam kawasan Samariang ini dan agihan daging korban ini diserahkan kepada Ketua-ketua Pemudanya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ibadah Korban Pemuda PBB N.7 Samariang di Kuching pada Sabtu.

Fadillah turut hadir mengagihkan daging korban pada program tersebut.

Menurutnya, program yang dimulakan sejak tahun 2023 ini merupakan satu wadah bagi Pemuda PBB Cawangan Samariang menyantuni golongan kurang berkemampuan di kalangan warga setempat selain menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidiladha.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found