Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto BBP Jerantut

Nahas Jerantut: Identiti lima sekeluarga dikenal pasti

ByBernama

KUANTAN, 7 Jun: Identiti lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM 7 Jalan Jerantut-Maran tengah malam tadi sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata dalam nahas kira-kira 12 tengah malam itu, mereka yang maut ialah pemandu kereta Mohamad Ikmal Ishak, 26, yang beralamat di Ulu Kinta, Perak, dan isterinya Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23.

Turut terkorban ialah adik kepada Nur Arfiqah, iaitu Mohammad Zulkifli, 21, Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani, 17, kesemua mereka beralamat di Bota, Perak.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Alphard yang dalam perjalanan dari arah Maran menghala ke bandar Jerantut berlanggar dengan Perodua Bezza yang membuat pusingan U di persimpangan secara mengejut.

“Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu dan dua penumpang Toyota Alphard mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zukri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan