Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Paulus menyerahkan daging korban kepada salah seorang penduduk. Foto TVS

Mohon pengajian di universiti milik Sarawak sejajar pendidikan percuma tahun depan – Paulus

LIMBANG, 7 Jun: Pelajar Sarawak termasuk di kawasan pedalaman perlu memanfaatkan peluang yang disediakan Sarawak dengan memohon pengajian di bawah universiti milik negeri ini sejajar dengan dasar pendidikan percuma yang diperkenalkan tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang berkata, pelajar pengajian tinggi di institusi pengajian tinggi milik kerajaan dijangka mendapat manfaat daripada dasar pendidikan tinggi percuma yang dimulakan oleh Kerajaan Sarawak pada 2026.

Beliau berkata, antara institusi tinggi milik kerajaan negeri adalah Universiti Curtin, Universiti Swinburne, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Universiti i-CATS dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (Centexs).

Katanya, Kerajaan Sarawak mengesyorkan pendidikan percuma kepada pelajar Sarawak yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) milik Kerajaan Sarawak dalam bidang berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selain turut memfokuskan bidang berkaitan lain.

“Saya menyeru supaya mereka memohon dengan mana-mana universiti milik kerajaan negeri kerana mulai tahun hadapan kerajaan negeri telah bersetuju supaya pendidikan peringkat kolej dan universiti untuk anak-anak Sarawak adalah percuma terutama mereka yang mengambil subjek STEM.

“Jadi bagi mereka yang mengambil subjek STEM, saya galakkan mereka untuk memohon masuk universiti milik negeri Sarawak,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Ibadah Korban di Kampung Belading hari ini.

Paulus berkata, Kkerajaan Sarawak juga memperkenalkan bantuan kewangan khas untuk pelajar Sarawak yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia dalam bentuk wang saku sebanyak RM1,200 setiap pelajar.

Katanya, bagi mereka yang belum memohon, digalak untuk memohon kemudahan ini dengan menghubungi agensi berkaitan seperti Yayasan Sarawak untuk mendapatkan bantuan.

Pada majlis itu beliau menyumbangkan sebanyak tujuh ekor kerbau korban kepada masjid, surau di kawasan Batu Danau sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Antara perkampungan Islam di Batu Danau yang terlibat pada program ibadah korban tahun ini termasuk Surau Kampung Palas, Surau Kampung Medait, Surau Kampung Belading, Surau Kampung Anak Bukit, Surau Kampung Kuala Awang, Surau Kampung Tedungan dan Surau Kampung Buluh Balui.

Majlis Ibadah Korban itu merupakan tradisi tahunan yang dilaksanakannya sejak 10 tahun lalu di kawasan Batu Danau -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan