Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

Malaysia kukuh kerjasama ASEAN-GCC demi keadilan rakyat Palestin

ByYusuf Shukri

PUTRAJAYA, 7 Jun: Malaysia akan terus memperjuangkan penyelesaian aman bagi menghentikan kekejaman rejim Israel di Gaza, dengan mempelopori kerjasama lebih erat antara negara ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), serta negara Islam seperti Turki, Iran dan Pakistan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan kolektif peringkat serantau dan antarabangsa penting untuk mengakhiri penderitaan rakyat Palestin dan menjamin keadilan yang berpanjangan.

“Kita sudah sampaikan pandangan kepada pihak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun ini bukan upaya satu negara sahaja. Seperti yang kita capai dengan negara-negara Teluk baru-baru ini, terdapat kesepakatan.

“ASEAN, negara-negara Teluk dan beberapa negara lain perlu bergabung untuk memberikan tekanan keras kepada dunia supaya menghentikan kekejaman ini,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, hari ini.

Mengulas tindakan Amerika Syarikat yang menggunakan kuasa veto ke atas draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata segera di Gaza, Anwar berkata, Malaysia kesal dengan kegagalan berulang institusi antarabangsa itu dalam melindungi hak rakyat Palestin.

Beliau turut mengecam tindakan negara-negara yang secara terang-terangan mengecam kekejaman Israel tetapi masih membekalkan senjata kepada rejim Zionis.

“Itu satu tindakan yang bertentangan dengan prinsip undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan. Kita akan terus mencari jalan dari sudut diplomasi untuk membantu perjuangan rakyat Palestin, termasuk membela hak sah mereka di Gaza,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan