Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada Rabu menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji di Masjidil Haram. Foto AFP

Lebih 900,000 meter padu air dibekalkan ke Makkah, tanah suci

ByBernama

MINA (Arab Saudi), 7 Jun: Syarikat Air Kebangsaan Arab Saudi (NWC) mengumumkan bahawa sebanyak 904,941 meter padu air diagihkan ke seluruh Makkah dan tanah suci pada hari pertama Aidiladha, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Menurut kenyataan syarikat itu, operasi mengepam air berjalan tanpa henti sepanjang masa untuk menyokong rangkaian air di tanah suci dan kemudahan di Masjidil Haram.

Bekalan air berjadual ke kawasan kejiranan di Makkah juga berjalan seperti dirancang, tanpa sebarang gangguan besar.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada rancangan operasi syarikat bagi memastikan pengagihan air yang stabil dan mencukupi sepanjang musim Haji.

Tahun ini, hari pertama Aidiladha jatuh pada 6 Jun di Arab Saudi dan negara-negara jiran, manakala beberapa negara lain menyambutnya pada 7 Jun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan